CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 7, 2011

Majlis bersara Al-fadhil Ustaz Azizan POLIMAS



Majlis bersara Ustaz Azizan dan meraikan kesyukuran kawan-kawan Jabatan Pengaajian Am dapat naik pangkat ke DH48 dan DH 44. sedih dah suka!

















Thursday, March 3, 2011
















Praktikal Pengurusan Jenazah kelas DSB 2, Polimas....





Tuesday, March 1, 2011

ceramah maulidur rasul







Ceramah Pemantapan Sahsiah Polimas siri 1/2011
USTAZ MUHD. AZKI HAFIZI B. IBRAHIM

PENOLONG PENGARAH KANAN, KUIN (KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH)
Pada 1 Mac 2011 hari Selasa.

Penceramah bercerita tentang bagaimana kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. bermula dengan kelahiran baginda. Bapa saudara Baginda, Abu Lahab sangat gembira sehingga mengorbankan 100 ekor unta dan tanpa sedar sedar membebaskan hamba yang menjadi miliknya kerana terlalu gembira dengan keputeraan nabi Muhammad s.a.w. Namun setelah kerasulan Nabi Muhammad, Abu Lahab menjadi penentang utama kerana tidak meletakkan jiwanya untuk tunduk kepada nabi Muhammad s.a.w.

Penceramah juga bercerita tentang kisah-kisah umat nabi terdahulu yang mendapat balasan Allah kerana derhaka. Umat yang derhaka akan terus mendapat balasan Allah seperti Kaum Thamud yang dijerkah oleh Malaikat hingga mati. Namun, kita umat nabi Muhammad yang diberi keistimewaan, hanya perlu keampunan dengan bertaubat dengan taubat nasuha. Kita perlu bersyukur sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.

"Dalam bab ibadat, kita perlu melihatorang yang lebih tinggi/ baik dari kita,
dalam bab kehidupan dunia, kita kena melihat kepada orang yang lebih kurang dari kita supaya menjadi hamba yang lebih bersyukur".

Kiamat semakin hampir. Semua tanda-tanda kecil telah berlaku seperti anak jadi tuan kepada ibu/ayah dan masjid menjadi perhiasan/ tempat pelancongan.

Tanda taubat sudah tidak diterima lagi jika berlaku keadaan ini:
1. Nyawa kita telah berada pada halkum.
2. Ketika matahari terbit dari sebelah Barat.

Oleh itu, kita perlu bertaubat dari sekarang serta mengingati Allah ketika senang.

Kita kena yakin amalan kita membawa kita ke syurga.

Kita perlu ada spirit dalam beribadah. Rasa nikmat dalam sesuatu ibadah yang kita buat. Kita perlu mengawal nafsu. Sekiranya merasa nikmat dalam membuat kejahatan, maka itu adalah tanda-tanda kebinasaan kita di akhirat nanti.

Manusia yang mempunyai hati dan jiwa yang bersih tanpa titik noda hitam adalah orang yang hebat yang dijamin Syurga Allah yang kekal abadi. Amin. Wallahua'lam.


















Sunday, February 27, 2011











Seminar Pengurusan Riba Dan Wasiat di POLIMAS pada awal 2011...Penceramah terdiri dari Ustaz Fauzi, En. A$, dan bintun Bashah..(semua ni orang kuat Bank Muamalat KL dan Pengurus Zon Utara)..nampaknya penting jugak buat wasiat wlpn. rasa macam takdak hartabenda...






Kursus Pengurusan Jenazah di Polimas pada awal tahun 2011..khusus untuk pelajar semester 2..pas ni sedia untuk amali dlm kelas la..

Tuesday, February 8, 2011

main wau di tepi Tasik Bandar Darul Aman, Jitra






Seronoknye anak2 main wau..frustnye bila wau tersangkut pada pokok..bli lagi..main lagi..tiap2 ari sepanjang cuti Tahun Baru Arnab ni..demimu anak2..ummi rela tak baca buku ..hehe

Perhimpunan Bulanan Polimas


Pertama kali menyertai perhimpunan bulanan staf Polimas di Dewan Sri Mas..tak macam PJB, PMM, PTSS..sini semua staf duk dalam jabatan masing-masing. Perjumpaan kali ni anjuran JKE..TPA explain pasai Pelan Pengajian Politeknik n KPI Poli. Pengarah baru??? blum muncul lagi..

Wednesday, January 19, 2011

~~MANUAL MENGGUNAKAN VIDEO CHAT ROUND~~

1. Pastikan anda mempunyai akaun facebook, pc atau labtop yang ada kamera



2. Buka akaun facebook anda-klik record a video




3. Klik pada kotak ‘ allow’



4. Gambar ‘live’ kita akan kelihatan





5. Boleh ‘send chat invite’ jika kawan yang dikehendaki tidak aktif/tiada



6. Klik pada gambar kawan yang diingini untuk chat round video





7. Video chatting bermula.




8. Boleh mencuba klik pada butang2 di tepi sebelah kiri untuk menceriakan lagi suasana chatting…dan klik pada butang X pada bucu kanan atas untuk menamatkan video chat.