CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 6, 2012

kursusCORR



Khas untuk staf JPA, POLIMAS. Disampaikan oleh En. Faidzulli, Peg. Exam, POLIMAS.

Hasilnya: selepas kursus ini baru faham bebeno nak buat CORR..

patah tumbuh hilang berganti













lovely guinea pig...


Harap yg ni dapat bela sampai besar!..Bekham n Bembee.

pets

Hanya tinggal kenangan..sempat jaga 3 minggu jer..Upin n Upink pergi tanpa pesan....



Tuesday, June 7, 2011

Majlis bersara Al-fadhil Ustaz Azizan POLIMAS



Majlis bersara Ustaz Azizan dan meraikan kesyukuran kawan-kawan Jabatan Pengaajian Am dapat naik pangkat ke DH48 dan DH 44. sedih dah suka!

















Thursday, March 3, 2011
















Praktikal Pengurusan Jenazah kelas DSB 2, Polimas....





Tuesday, March 1, 2011

ceramah maulidur rasul







Ceramah Pemantapan Sahsiah Polimas siri 1/2011
USTAZ MUHD. AZKI HAFIZI B. IBRAHIM

PENOLONG PENGARAH KANAN, KUIN (KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH)
Pada 1 Mac 2011 hari Selasa.

Penceramah bercerita tentang bagaimana kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. bermula dengan kelahiran baginda. Bapa saudara Baginda, Abu Lahab sangat gembira sehingga mengorbankan 100 ekor unta dan tanpa sedar sedar membebaskan hamba yang menjadi miliknya kerana terlalu gembira dengan keputeraan nabi Muhammad s.a.w. Namun setelah kerasulan Nabi Muhammad, Abu Lahab menjadi penentang utama kerana tidak meletakkan jiwanya untuk tunduk kepada nabi Muhammad s.a.w.

Penceramah juga bercerita tentang kisah-kisah umat nabi terdahulu yang mendapat balasan Allah kerana derhaka. Umat yang derhaka akan terus mendapat balasan Allah seperti Kaum Thamud yang dijerkah oleh Malaikat hingga mati. Namun, kita umat nabi Muhammad yang diberi keistimewaan, hanya perlu keampunan dengan bertaubat dengan taubat nasuha. Kita perlu bersyukur sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.

"Dalam bab ibadat, kita perlu melihatorang yang lebih tinggi/ baik dari kita,
dalam bab kehidupan dunia, kita kena melihat kepada orang yang lebih kurang dari kita supaya menjadi hamba yang lebih bersyukur".

Kiamat semakin hampir. Semua tanda-tanda kecil telah berlaku seperti anak jadi tuan kepada ibu/ayah dan masjid menjadi perhiasan/ tempat pelancongan.

Tanda taubat sudah tidak diterima lagi jika berlaku keadaan ini:
1. Nyawa kita telah berada pada halkum.
2. Ketika matahari terbit dari sebelah Barat.

Oleh itu, kita perlu bertaubat dari sekarang serta mengingati Allah ketika senang.

Kita kena yakin amalan kita membawa kita ke syurga.

Kita perlu ada spirit dalam beribadah. Rasa nikmat dalam sesuatu ibadah yang kita buat. Kita perlu mengawal nafsu. Sekiranya merasa nikmat dalam membuat kejahatan, maka itu adalah tanda-tanda kebinasaan kita di akhirat nanti.

Manusia yang mempunyai hati dan jiwa yang bersih tanpa titik noda hitam adalah orang yang hebat yang dijamin Syurga Allah yang kekal abadi. Amin. Wallahua'lam.


















Sunday, February 27, 2011











Seminar Pengurusan Riba Dan Wasiat di POLIMAS pada awal 2011...Penceramah terdiri dari Ustaz Fauzi, En. A$, dan bintun Bashah..(semua ni orang kuat Bank Muamalat KL dan Pengurus Zon Utara)..nampaknya penting jugak buat wasiat wlpn. rasa macam takdak hartabenda...